Bertempat di Ben’s, Bangsar Shopping Center, EH! menemukan lapan orang pembaca EH! dengan pelakon jelita ini.

EH (Malaysia) - - Sekitar -

am belum menunjukkan jam tiga petang tetapi sudah ada pembaca EH! yang sudah tiba di pintu Ben’s yang terletak di aras tiga BSC. Mungkin teruja ingin bertemu Wawa Zainal yang agak lama menyepi dari dunia seni. Seorang demi seorang tiba, setengah jam kemudian barulah penghias muka depan EH! edisi Januari ini muncul. “Maaf terlambat,” itu perkataan pertama keluar dari bibir Wawa yang hadir bersama adik perempuannya.

Suasana di Ben’s yang tenang membuatkan sesi yang kami anjurkan lebih menyeronokkan. Kesemua yang hadir dapat berbual mesra dengan Wawa, rasa lebih dekat dan eksklusif. Ramai yang bertanyakan tentang kehidupan Wawa hari ini semenjak bergelar ibu. Sambil berbual sambil menjamah hidangan yang ditaja oleh Ben’s. Pelbagai jenis kek dan sandwic menjadi ‘ulam’ perbualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.