CEGAH DAN ATASI MASALAH KULIT SENSITIF

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Untuk merawat dan menjaga kulit sensitif seseorang itu perlulah mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan alahan seperti membersih muka dengan terlalu kuat dan kerap, penggunaan bahan pencerah yang berlebihan serta terdedah dengan sinaran matahari terlalu lama. Bagi mengatasi masalah sebegini, anda perlu menggantikan semula fungsi perlindungan permukaan kulit dengan menggunakan rangkaian produk kulit sensitif. Ia membantu melembapkan kulit bagi menggantikan semula lipid semula jadi pada dasar kulit yang mampu mengelakkannya dari kehilangan lembapan. Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari terus kepada kulit, pencemaran dan radikal bebas. Kulit yang sangat sensitif atau mudah alah memerlukan agen anti penuaan dan penghalang histamina (bahan yg dibebaskan oleh tisu badan dalam tindak balas alahan) untuk mengawal keradangan serta melindungi gentian protein kulit dengan produk yang mengandungi bahan anti enzim.

Walaupun alat solek dan rangkaian penjagaan kulit menjadi penyeri wajah, mungkin anda tidak sedar bahawa ia juga boleh mendatangkan mudarat. Ada beberapa kosmetik mempunyai bahan kimia tertentu yang tidak sesuai dengan kulit lantas merosakkan kulit. Kandungan bahan kimia tersebutlah yang mengakibatkan kulit kemerahan serta keradangan yang sensitif atau cepat memberikan kesani iritasi jika anda tersalah merawatnya.

ROC ETERNAL WHITE WHITENING CLEAR LOTION Rangkaian pencerahan kulit yang selamat digunakan bagi yang memiliki kulit sensitif. Dengan bahan seperti soya, ekstrak Portulaca dan kaya dengan Vitamin C dan E ia mampu melindungi kulit dari rosak akibat pencemaran.

DERMALOGICA ULTRACALMING SERUM CONCENTRATE Serum ini pekat tetapi teksturnya ringan. Ia memperbaiki dan melindungi kulit dari keradangan dan kemerahan. Antara bahan-bahanyang digunakan adalah UltraCalming Complex, Evening Primrose, ekstrak biji bunga matahari dan minyak avocado.

AVENE SENSITIVE WHITE EAU THERMAL SPRING WATER Dengan tekstur yang ringan dan tidak berminyak khas untuk kulit sensitif bagi mengurangkan rengsaan pada wajah. Ia juga bertindak sebagai pelembap dengan memulihkan semula kulit yang di hidrat sepanjang hari. RM19

CHANEL LE BLANC WHITENING MOISTURIZING CREAM Bertindak memperlahankan proses pigmentasi kulit di samping mengurangkan bintik-bintik hitam dan memberi kelembapan yang sempurna pada kulit. Berformulakan TXC dengan protein ekstrak mutiara untuk memperbaiki semula kulit yang di hidrat menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan segar. RM310

BURT’S BEES SOOTHINGLY SENSITIVE BODY LOTION Diperbuat dari 99% bahan semula jadi dan kaya dengan Vitamin E membuatkan kulit lembap sentiasa. Oleh sebab bahan yang digunakan adalah majoritinya bahan-bahan semula jadi, ia cukup sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.