LANGKAH MENCEGAH IRTIASI

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Kurangkan bahan kimia yang tidak perlu, ia bermaksud anda harus menghindari penggunaan produk perawatan kulit yang tidak perlu. Umumnya seorang wanita menggunakan lima hingga enam produk rawatan kulit dalam rutin hariannya. Secara tidak langsung bererti kulitnya terkena lebih dari 100 bahan kimia dan tidak hairan jika kemudian kulitnya mengeluarkan reaksi seperti rasa panas, gatal mahupun bintik-bintik. Sebenarnya anda hanya memerlukan produk penjagaan kulit asas seperti pembersih, pelembap, tabir suria dan krim mata. Hindari bahanbahan kimia yang keras seperti penyegar (toner) dengan bahan asas alkohol dan hindari juga bahan rawatan yang sifatnya menghakis kulit seperti retinol dan AHA. Selain alkohol dan bahan pencerah masih banyak bahan kandungan lain yang berpotensi untuk menimbulkan keradangan dan bahan-bahan tersebut banyak terkandung di dalam sebahagian besar produk perawatan kulit contohnya seperti pewangi, pewarna dan bahan pengawet (terutama jenis formadelhyde). Rawatlah kulit dengan lembut ketika membersihkan wajah dan gunakan pembersih berbentuk losen, susu ataupun cleansing oil yang lebih lembut dari air dan sabun. Bilaslah dengan suhu yang normal. Bersihkan wajah dua kali sehari untuk mempertahankan pelindung kulit. Gunakan pelembap setelah membersihkan wajah anda kerana kulit yang sensitif biasanya kering. Semakin kering kulit semakin sensitif kulit anda dan sebaiknya gunakan pelembap dua kali sehari. Sekiranya kulit anda sangat peka maka gunakan pelembap hanya pada bahagian yang memerlukan dan bukan pada seluruh wajah. Jika anda bingung memilih produk yang sesuai, cuba gunakan produk yang dilabel 'hypoallergenic'. Gunakanlah produk rawatan dengan bahan semula jadi terutama bahan yang bisa membuat rasa lega pada kulit seperti kamomil, susu atau liquorice. Apabila anda mencuba suatu produk dan ternyata kulit terasa pedih dan tidak selesa sebaiknya gunakan krim hydrosortisone. Rujuk khidmat pakar. Jika anda berasa raguragu akan keadaan kulit anda, terus berjumpa dengan pakar kulit secepat mungkin. Selalunya ramai yang mengabaikan keadaan kulit yang sensitif kerana mempercayai ia cuma radangan sementara. Namun hakikatnya ia mungkin merupakan masalah kulit yang lebih serius.

9

GOODSKIN LABS FILEXTRA FACIAL REVOLUMIZING TREATMENT WITH COLLAGEN Pelembap yang juga bertindak memperbaiki semula keanjalan kulit. Dengan kolagen semula jadi ia memberi pencerahan yang sempurna bagi jangka masa yang lama. Kulit secara tidak langsung menjadi lebih sihat dan segar juga bebas kulit sensitif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.