MEMBERSIH

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sejenak Bersama Taka Sakoda 1

“Kulit yang sihat ialah kulit yang kuat. Kulit yang tidak sihat adalah kulit yang lemah dan mudah terpengaruh dengan pencemaran.” 2 “Ekstrak ‘mallow’ yang digunakan diambil daripada taman bunga Dior di Anjou. Dan antara bunga yang digunakan ialah bunga raya. Jika anda masih ingat dua atau tiga tahun dulu kami mencipta kompleks kejernihan (transperancy complex) yang mana semuanya ada lima kunci kejernihan seperti kelembapan.” 3

“Kulit yang mempunyai kelembapan dan tekstur yang baik menyumbang kepada kulit yang lebih muda, begitu juga dengan soal pencerahan. Jadi kami menambah bahan aktif yang bukan sahaja mencerah malah memperbaiki tahap kelembapan dan tekstur kulit sekali gus bertindak sebagai bahan antipenuaan.” 4

Apa definisi kulit yang sihat? Antara kandungan rangkaian Diorsnow terbaru ini ialah bunga-bungaan. Boleh kongsikan antara bunga yang digunakan? Adakah produk ini juga mempunyai kebaikan untuk antipenuaan? Kita sering diberitahu bahawa kulit orang Asia dan Caucasian berbeza. Bagaimana pula dalam

hal penghasilan melanin?

“Ya, kulit orang Asia dan Caucasian berbeza terutamanya dalam kemampuan jika saya menilai dari segi biologi kulit orang Asia mempunyai kemampuan pelindung kulit yang lebih baik berbanding Caucasian. Kulit orang Asia menghasilkan lebih melanin, tetapi dalam hal ini ada baik dan buruknya. Melanin bertindak sebagai pelindung semula jadi kulit, jadi kulit orang Asia lebih mudah dilindungi sekaligus melambatkan penuaan kulit. Tetapi kita tidak mampu untuk mengawal jumlah melanin, ia mungkin dihasilkan berlebihlebihan yang mana pabila melanin banyak kulit akan menjadi lebih gelap dan bertompok-tompok.” 5

Rejim Penjagaan Diorsnow Gunakan White Reveal Melt Away Makeup Remover untuk membersihkan wajah dengan sempurna. Sapukan pada wajah termasuk sekitar mata dengan urutan lembut. Rasai kelembutannya dan anda dapati wajah dibersihkan dengan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.