Solekan Asas: UV Makeup Base SPF 35

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Menggunakan berus, adunkan Diorsnow UV Makeup Base SPF 35 (campurkan warna Beige dan Rose) dan sapukan pada keseluruhan wajah dengan rata. Jika mahukan litupan yang lebih tebal, anda boleh campurkan UV Base Beige bersama Diorsnow Fluid Foundation untuk menutup sebarang cela wajah. Sapukan UV Base Rose pada buah pipi untuk menghasilkan kesan solekan yang lebih jernih dan berseri. Diikuti dengan sapuan UV Base Blue pada bahagian bawah mata untuk menutup kesan gelap bawah mata. Eloknya pabila menggabungkan pelbagai ton UV Base ialah anda dapat mencipta kesan solekan yang lebih segar, berseri, tampak asli dan permukaan kulit yang tampak sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.