Mata Bersinar: –5C Eye Shadow

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Jika anda mempunyai ton kulit yang cerah anda boleh sapukan rona merah samar dan pic. Hasil campuran dua warna ini buat solekan tampak segar dan asli. Sapukan rona beige dan merah samar pada seluruh kelopak mata. Kemudian sapukan rona merah samar yang lebih gelap dan pic di tengah-tengah kelopak mata. Sapukan warna coklat pada garis mata, ini adalah sebagai ganti kepada penggaris mata yang biasa. Menurut Ji-Ahn Sung, trend solekan Korea ialah solekan yang natural jadi penggunaan penggaris mata mesti ditinggalkan. Lengkapkan solekan mata dengan sapuan maskara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.