TIP PEMAKAIAN

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 Semasa menyapu lapisan awal maskara, tumpukan pada bahagian hujung bulu mata untuk menebalkannya, agar mata tampak lebih galak. 2 Lapik bawah bulu mata dengan bedak tabur atau tisu untuk mengelakkan pemakaian maskara daripada comot. 3 Elakkan dari mengepam berus maskara keluar-masuk, sebaliknya hanya masukkan dan pusing beberapa kali. Dengan teknik keluar masuk seperti mengepam, ia hanya membuatkan maskara cepat kering. 4 Bagi mengelakkan maskara bergumpal, lapkan hujung berus dengan tisu dan sapu dengan cermat. 5 Sekiranya anda memakai kanta lekap, gunakan maskara kalis air dan selamat untuk penggunaan kanta lekap. Ini kerana pemakaian kanta akan membuat mata mudah berair, apabila anda tergosok mata bimbang maskara akan comot. 6 Paling penting pilih maskara yang mempunyai pelbagai fungsi iaitu untuk memanjang, melentik dan menebalkan bulu mata. 7 Tarik maskara daripada bekas daripada arah yang sama. Elakkan maskara terdedah pada cahaya dan angin kerana akan menyebabkan cairan mudah mengeras. 8 Gunakan putik kapas untuk membersihkan maskara yang comot di sekitar mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.