PUNCA RAMBUT BERKELEMUMUR

EH (Malaysia) - - Rambut -

KURANG NUTRISI

Kecantikan selalunya dikaitkan dengan kesihatan dalaman. Tubuh badan yang tidak menerima cukup vitamin dan cara pemakanan yang tidak seimbang boleh menyumbang kepada keadaan kulit kepala yang tidak sihat. Antara makanan yang baik adalah lobak merah dan mangga. Ia kaya dengan vitamin A yang menggalakkan penghasilan minyak semulajadi pada kulit kepala, sekaligus mengurangkan risiko rambut berkelumumur.

KEHADIRAN YIS

Keadaan rambut berkelumumur adalah disebabkan kehadiran yis di kulit kepala iaitu Malassezia Globosa yang memakan lipid atau sebum kulit kepala. Ia kemudian mengeluarkan sejenis molekul atau rembesan, sekaligus mengakibatkan kegatalan dan iritasi pada kulit kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.