Caranya:

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Menggunakan apa jua jenis penggaris mata, adalah lebih baik jika anda menarik sedikit bahagian hujung kelopak mata.

Gariskan mengikut kelopak mata tersebut. Pastikan anda menariknya tanpa sebarang kedutan pada garisan atas bulu mata bagi memastikan sapuan yang kemas.

Jika anda masih tidak yakin dengan kemampuan anda menggariskan bahagian atas garisan bulu mata, ambil pembayang mata rona gelap dan sapukan di atas kelopak mata. Kemudian baharulah digariskan dengan penggaris mata. Ia menjadikan solekan mata lebih galak, tanpa ada yang sedar anda cuba menyembunyikan sapuan penggaris mata yang sedikit comot!

Jika mahukan solekan selamat, gunakan penggaris mata jenis pensel dan lukiskan garisan penggaris mata yang halus pada kelopak mata. Kemudian ambil penggaris mata jenis cecair untuk dilukiskan semula di atasnya untuk efek yang menyerlah dan tebal.

Sekiranya anda memilih untuk mengenakan penggaris mata jenis cecair, pastikan anda ‘menarik’ garisan mata perlahan-lahan. Elakkan berhenti ketika menggaris bahagian atas bulu mata kerana ia akan membuatkan penggaris mata kembang dan menjadi comot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.