TAHUKAH ANDA?

Kalau sudah kasih, susah manapun cabaran yang perlu dilalui dipandang hanya sebelah mata.

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

Orang tua-tua kata, cinta itu buta. Setiap perbezaan, yakni dari segi rupa paras, harta mahupun pangkat dan darjat tidak pernah diendah sementelah pasangan bercinta akan berusaha untuk kekal bersama. Namun, bagaimana pula percintaan yang melibatkan perkara lebih serius dan memerlukan pengorbanan kepercayaan agama?

KAHWIN CAMPUR

Umumnya, perkahwinan campur sudah pun wujud sejak berzaman dahulu. Ketika di zaman kesultanan Melayu dahulu, perkahwinan antara puteri atau putera kerajaan Melayu dirancang dengan waris pemerintah negeri Arab dan China demi meluaskan kuasa atau melebarkan sayap perniagaan. Kahwin campur moden kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama.

Indonesia merupakan negara Islam yang paling ramai penduduknya berkahwin campur dan mereka tidak menukar agama mengikut agama pasangan malah kekal dengan agama masing-masing.

Baba dan Nyonya adalah antara hasil pencampuran perkahwinan rakyat Melayu dan Cina sedari pendudukan British yang kini kekal menjadi satu budaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.