KES POPULAR KAHWIN CAMPUR

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

MASALAH ADA APABILA...

PEREBUTAN HAK PENJAGAAN ANAK Ini terjadi apabila kedua ibu bapa berlainan agama dan budaya ini bercerai. Waris mereka terpaksa memilih untuk mengikut agama atau budaya ibu atau bapa. Lebih CABARAN DALAM MENERIMA GAYA HIDUP AGAMA DAN CARA HIDUP YANG LAIN Gaya hidup orang Timur lebih terarah kepada kesopanan dan tidak terlalu terbuka berbanding gaya orang Barat. Ini boleh mencetuskan salah faham dan rasa tidak puas hati terhadap satu sama lain jika tidak cuba memahami dan mendalami hidup pasangan sendiri. SAMBIL LEWA MENDALAMI AGAMA Khususnya untuk mereka yang beragama Islam, anda perlu mempunyai ilmu yang cukup untuk membentuk keluarga yang bahagia dan teratur perjalanan hidup berumah tangga. Jika ingin berkahwin dengan anda, dia perlu memeluk agama Islam dan anda wajib untuk membantunya belajar mengenai ilmu agama dengan baik. Perkahwinan Raja Bahrin seorang arkitek terkemuka Malaysia dan bekas isteri, Jacqueline Pascarl warga Australia berakhir pada tahun 1986 yang membuatkan kedua-dua anak mereka dipelihara si isteri. Raja Bahrin kemudian berusaha mendapatkan semula anak-anaknya selama 7 tahun melalui Mahkamah Keluarga Australia. Kesukaran ini ditambah lagi dengan perintah mahkamah yang melarang anakanaknya mendekati masjid. Raja Bahrin yang gusar mengenai masa depan anak-anaknya membawa pulang mereka melalui jalan laut secara sembunyi. Coretan kisah keluarga ini dibukukan dalam ‘Raja Bahrin Story’ yang diterbitkan pada tahun 1997.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.