KEISTIMEWAAN KAHWIN CAMPUR

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

MELAHIRKAN BAKA ATAU GENETIK YANG BAIK Cantuman antara dua genetik berbeza kebiasaannya melahirkan anak yang bijak dan sifat fizikal yang lebih baik. Ini kerana perbezaan nilai budaya dapat diterapkan dalam diri anak-anak ini yang menjadikan mereka lebih terbuka dalam berfikir. Selain itu, diakui anak hasil perkahwinan campur ini mempunyai wajah lebih eksotik dan menarik. MENGERATKAN HUBUNGAN KELUARGA Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup antara dua insan, termasuk juga keluarga mereka. Secara tidak langsung, perkahwinan ini boleh membantu kedua keluarga mengenali dan mengetahui cara hidup yang berlainan daripada apa yang mereka lalui selama ini. KEHARMONIAN KAUM Lebih-lebih lagi untuk negara dengan pelbagai kaum seperti di Malaysia, perkahwinan campur memajmukkan rakyat dan mengeratkan hubungan sedia ada. MELUASKAN KENALAN KELUARGA DAN PANDANGAN HIDUP Seronoknya melihat budaya orang lain, lebih-lebih lagi anda sendiri yang melaluinya bersama pasangan tersayang. Selain meluaskan pengetahuan, ia juga membuatkan hidup anda penuh warna dan pengalaman hebat. Anda juga punyai kenalan dan keluarga yang hidup dalam budaya bertentangan dengan kebiasaan anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.