Apa yang membuat anda kuat?

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

ir mata Ami mengalir saat saya tanyakan sama ada dia pernah berputus asa untuk hidup dan sekaligus mengundang sebak saya yang menemu bual. Saya tidak mengenalnya secara peribadi hanya sekadar membaca laman web miliknya dan mendengar beberapa cerita kejayaan gadis ini dalam mengumpul pengaruhnya yang tersendiri. Nyata nama Ami Schaheera bukan asing dalam dunia blogging dan apa yang lebih membuat saya teruja untuk bertemu wanita ini adalah untuk melihat dan mendengar sendiri cerita kejayaannya disamping sakit Leukemia yang dihidapi sejak 2010. Semangat dan kekuatan dalaman yang dimiliki gadis ini belum tentu ada pada kita yang mungkin jauh lebih sihat. menghabiskan satu petang Jumaat Februari lalu mendengar kisah penuh aspirasi wanita ini.

Bagaimana bermula?

Selepas tamat belajar saya bekerja bersama Sony sebagai Server and Software Engineer selama lebih kurang empat tahun dan pada masa yang sama menjalankan perniagaan online bersama seorang teman, dinamakan The Shop Lifters. Apa yang saya lakukan adalah memakai apa yang kami jual dan memuat naik di blog. Jadi ideanya bermula di sini dan saya hanya bermula lakukan secara sepenuh masa selepas saya mendapat tahu saya menghidapi leukemia. untuk saya sembuh antaranya mencari stem cell yang memiliki DNA yang serupa dengan namun masih gagal. Merata jugalah kami usahakan daripada keluarga sehingga ke Singapura dan China tetapi tiada yang padan dengan DNA saya. Selain itu saya turut menjalani lima sesi chemotherapy berbeza. Kanser yang ada pernah dua kali tidak aktif dan saya sihat lebih kurang setahun namun ia datang kembali pada Mac 2013. Pada saat ini doktor menganggap saya tertekan dan memerlukan ahli terapi psikologi namun saya menolak kerana saya tahu bahawa saya tidak tertekan dan percaya dengan takdir yang tertulis.

Pernah putus asa?

Sejujurnya ya, boleh dikatakan banyak kali saya menangis and I fall into depression. Terutama sekali bila saya mendapat tahu sakit yang ada datang kembali sekitar Mac tahun lalu. Saya tidak keluar rumah, menolak untuk berjumpa orang, saya makan tanpa henti sehingga naik berat badan dan saya berhenti menulis blog. Sehingga satu hari saya terbaca salah satu artikel di carian Google, di Amerika Syarikat penghidap kanser juga boleh sembuh tanpa sebarang rawatan berbentuk chemotherapy hanya dengan kawalan pemakanan yang betul. Saya mendapat semangat daripada membaca kisah cancer survivor yang lain dan membuka mata bahawa saya tidak perlu hanya bergantung pada rawatan doktor semata. Suami saya sentiasa ada di sisi. Dia tidak terlalu mahu melihat dan layan saya sebagai seorang isteri yang sakit. Everything is normal for him. Saya bertuah memiliki support system yang baik sepertinya yang menerima saya seadanya tanpa menganggap hal ini besar. Dia membuat semuanya menjadi lebih mudah – saya masih boleh ketawa dan menjalani hidup sebagai isteri dan wanita biasa kerana mungkin lebih ramai lagi di luar sana yang menjalani hidup lebih sukar jadi saya perlu lebih kuat dan bersyukur.

Pelajaran terbaik

Bukan mudah untuk menjadi manusia yang kuat. You only know how strong you’re after you really tested. Orang boleh cakap apa sahaja tapi yang faham dan tahu keadaan diri adalah diri saya sendiri. Saya berserah dan redha dengan apa yang tertulis untuk hidup. Saya bersyukur saya masih lagi boleh keluar bergaul, pakai apa yang saya suka dan berjumpa lebih ramai orang. So I guess my life doesn’t that bad right?

Inspirasi

Life itself. Hidup kita telah diatur begitu dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan apa jua yang harus saya usahakan. Live life to the fullest – selagi bernafas saya harus menjalani semuanya dengan redha.

Nasihat

Jangan hilang harapan. Selagi bernafas lakukan apa yang mampu diusahakan dan it’s all about what’s in your mind. Jika anda tahu betapa besarnya kuasa mengawal akal fikiran, anda pasti tahu bagaimana untuk menjadi seorang yang positif dan sentiasa redha dengan ketentuan hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.