FRED PERRY

EH (Malaysia) - - Dunia Lelaki -

45 RPM Records menjadi ilham buat buat rangkaian terbaru jenama ini. Inspirasi ini datang seiring dengan identiti Fred Perry yang disatukan dengan sub-budaya Eropah. Kunci rekaan kali ini hadir dalam lapan koleksi termasuk kemeja-T ikonik 45’s Engineered Stripe yang diilhamkan daripada elemen pengaruh muzik era 80-an. Warna monokrom disempurnakan dengan perincian rona pop dan logo ikonik Laurel Wreath. Antara item lain dalam koleksi kali ini adalah kardigan dan kemeja genggang yang menjadi identiti Fred perry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.