PESTA BELON PANAS KEMBALI

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Pesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya yang ke-6 berlangsung dengan gilang-gemilang di Dataran Presint 2 pada 27 sehingga 30 Mac yang lalu. Pelbagai jenis aktiviti dan acara berlangsung seperti pertandingan Rudy’s Trophy dan disamping itu mereka juga telah memperkenalkan enam belon yang baru iaitu Buzzy The Green Monster dan Love Bees dari Amerika Syarikat bersama Darth Vader dan The Ice Cream Cone dari Belgium dan juga penyertaan dari Taiwan yang membawa belon berbentuk hati. Acara tahunan ini diakhiri dengan persembahan Night Glow di mana percikan api dan pantulan cahaya diadakan mengiringi kesemua belon-belon ini di udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.