TEATER DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Karya sastera terkenal tulisan Profesor Hamka bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 9 sehingga 18 Mei ini. Teater yang dibawakan oleh CTRA Production ini menampilkan nama-nama besar dunia lakonan tempatan seperti Nasha Aziz, Elfira Loy, Adi Putra dan Dafi. Teater ini membawa kisah seorang pemuda bernama Hamid yang tinggi nilai adab dan ilmu agamanya membesar dengan seorang gadis bernama Zainab. Mereka mula menaruh hati sesama sendiri namun Hamid tidak boleh meneruskan perasaan yang ada kerana menganggap Zainab sudah sebahagian daripada darah dagingnya. Tiket mula dijual sejak Mac lalu dengan harga RM30 sehingga RM200.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.