1989:

RETROSPEKTIF SERTA FAKTA KEMBARA MEWAH MELIUM GROUP.

EH (Malaysia) - - Befersiytean -

Pengenalan pertama Melium bermula dengan pembukaan jenama mewah Jerman, Hugo Boss dan disusuli Aigner.

Stuart Weitzman diperkenalkan serta sekaligus memperkenalkan Malaysia dengan gaya hidup urban dan mewah dan kemudian membawa masuk Dome Cafe yang diasaskan di Australia. Kini Dome Cafe mempunyai 20 cawangan.

Insas Berhad melabur di dalam perniagaan Melium Group bagi mengembangkan industri retail.

Pembukaan pertama Aseana. Hingga kini Aseana menawarkan pelbagai jenama hangat termasuklah Victoria Beckham, Roland Mouret, Marchesa dan Mary Katranzou.

Cole Haan menambah satu lagi jenama dibawa masuk oleh Melium dan Suria KLCC menjadi lokasi butik sulungnya di Malaysia.

Bertempat di The Gardens, Melium Group menghimpunkan label rekaan yang lebih muda dan fashion forward di butik M Store. Clover Canyon, Shutz, Commes des Garcon antara jenama yang menghuni bumbung ini berserta jenama lokal, Klutched.

Butik seluas 1260 kaki persegi di Pavilion menempatkan jenama Givenchy dan di pusat beli belah yang sama, Hackett London turut dipasarkan di bawah kelolaan Melium Group. Tahun ini juga jenama Farah Khan memasuki pasaran Indonesia dengan pembukaan butik di W Retreat & Spa di Seminyak Bali.

Label Farah Khan terus bersinar dan kini setiap himpunan tersusun di butiknya sendiri yakni dijual berasingan dari stor Aseana. Label ini turut terjual di pusat beli-belah Plaza Indonesia, Jakarta.

Menyambut ulang tahun ke-25 dan memperkenalkan jenama baru iaitu MCM untuk barangan kulit serta menambah satu lagi rangkaian lelaki iaitu MC2 Saint Barth sementelah pembukaan satu lagi kafe dipanggil Warung di KLIA 2

Sehingga kini, Melium telah memperkenalkan lebih 100 jenama mewah termasuk Tod’s, Saint Laurent serta Givenchy.

Farah Khan adalah jenama pertama dari Malaysia menyertai show dagangan Tranoi Paris di Avenue Montaigne bermula tahun 2007 dan kini jenama ini boleh didapati di lebih 70 buah negara di seluruh dunia. Malah, label Farah Khan pernah disarung oleh beberapa selebriti antarabangsa seperti Kimora Lee, Selena Gomez, Nna Dobrev serta Giuliana Rancic. Sekalung tahniah buat Melium Group.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.