Anda mula berjinak dalam dunia fesyen?

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

1Bagaimana

Ia bermula sewaktu saya membesar di United Kingdom. Waktu itu ibu masih menuntut di Kolej Edinburgh Napier bagi menamatkan pengajian dalam jurusan fesyen. Ibu mula menghasilkan gaun kanak-kanak dan saya banyak membantunya dan seingat saya waktu itu saya baru berumur enam tahun. Saya mempunyai asas dalam jahitan sejak muda, dan membantu ramai rakan untuk mengubah suai uniform sekolah seperti memendekkan lengan baju dan seluar kerana waktu itu budaya alternatif punk sedang hangat. Pulang ke Malaysia sewaktu berumur 14 tahun dan tamat Sijil Pengajian Malaysia, saya meneruskan pengajian fesyen di UiTM. Pensyarah, Encik Faizal hamid juga banyak memberi dorongan bagi memperluaskan pengetahuan dalam bidang fesyen. Tamat pengajian saya membantu ibu dalam perniagaannya. Kami menghasilkan pakaian kanakkanak yang diedarkan ke Florida, Dubai dan Detroit dan ia masih diteruskan sehingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.