BELAIAN KULIT DI RUMAH

EH (Malaysia) - - Wangian -

Dove melancarkan kempen Facebook Dove School of Skindulgence untuk menggalakkan wanita membelai kulit di rumah tanpa mengeluarkan duit di spa atau mereka yang punya masa yang terhad. Selama 21 hari peserta dikehendaki menghantar gambar setiap aktiviti dan rejim sihat untuk memelihara kecantikan kulit secara menyeluruh dengan menggunakan (#skindulgence #betterthanmilk #eatright dan #stayactive). Pemenang berpeluang mendapat hamper Sabun Mandian Dove bernilai RM100 dan 10 pemenang utama akan menikmati percutian tiga hari dua malam di Krabi. Cabaran ini bermula 1 Mac hingga 30 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.