RETINOID ATAU RETINOL?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Nama yang seakan tidak semestinya memberi maksud yang sama. Ketahui ‘istilah’ jenis Vitamin A ini dengan lebih jelas: RETINOID: istilah umum yang digunakan untuk menerangkan kesemua jenis Vitamin A yang digunakan dalam rangkaian penjagaan kulit. RETINOIC ACID: satu-satunya jenis Vitamin A yang terbukti mampu mengubah tisu bersel di dalam kulit untuk menghasilkan kesan anti-penuaan yang ketara. RETIN A: Jenama untuk preskripsi pertama Retinoic Acid. Ia bertujuan untuk melawan tanda-tanda penuaan dan menghasilkan kolagen baru. RETINOL: Vitamin A yang digunakan dalam bukan preskripsi anti-penuaan. Biasanya jumlahnya cuma 1 peratus di dalam produk yang selalu dilihat di kaunter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.