Apakah jangkaan anda apabila wanita memakai Dior Addict Fluidstick ini? Apa yang mereka patut rasai?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Ia bukan gincu dan bukan pengilat bibir jadi apa yang patut dilabelkan untuk pengguna?

SEJENAK BERSAMA JURUSOLEK ANTARABANGSA DIOR, VIOLETTE 1

Ia adalah kesemuanya, gincu dengan kesan seperti marker, apabila anda menggunakannya anda akan faham sendiri yang ia sememangnya satu produk yang lain daripada lain. Ia satu produk yang baru. 2

Apakah inspirasi anda untuk menceburi bidang solekan?

Saya belajar di sekolah seni, dan saya bukanlah pakar mengenai solekan. Saya perlu membuat pilihan, seni atau fesyen. Pada waktu itu saya buntu. Suatu hari kawan saya meminta saya menyolekkan wajahnya dan saya berjaya, tanpa saya sedari saya telah menceburi kedua-dua bidang, I’m dressing up the face while i’m painting the face. Jadi bidang solekan adalah cara saya tersendiri sama seperti Dior Addict Fluidstick punyai cara yang tersendiri. 3 Gincu dan maskara. Malah dengan satu gincu anda boleh buat pelbagai solekan. Anda boleh jadikan ia sebagai pembayang mata, pemerah pipi dan gincu. Lebih-lebih lagi dengan teksturnya yang seakan jeli, ia mudah dimesrakan pada kulit. Maskara pula bukan saja berfungsi sebagai pelebat bulu mata, malah jika anda mengambil sedikit krim daripada maskara itu anda boleh mesrakan pada kelopak mata untuk menghasilkan mata berkabut. Kemudian berusnya boleh digunakan untuk memberus kening anda bagi efek kening asli.

Produk yang patut ada bagi anda

Saya mahu mereka rasa gembira, it’s a fun product. Saya tidak mahu menentukan warna apa yang sesuai dengan anda, ia adalah apa yang anda rasai sendiri, anda perlu mencuba setiap warna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.