Bersama Enchanteur, EH! menemukan 20 pembaca EH! dengan aktres popular, Nelydia Senrose.

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Bertempat di Ben’s General Food Store, Bangsar Village 1, sesi kedua ‘date’ bersama penghias muka depan EH! berlangsung dengan penuh meriahnya. Kali ini EH! mendapat tajaan daripada Enchanteur yang juga merupakan produk yang diwakili oleh Nelydia Senrose sendiri. Mesra dipanggil Nely, dia hadir bersama pengurusnya serta buah hatinya Qi Razali yang juga ramah melayan kesemua pembaca EH! yang hadir memeriahkan sesi makan malam ini.

Sajian salad dan piza pelbagai ‘topping’ menjadi ‘teman’ bual bicara Nely bersama peminat-peminatnya. Dapat kami lihat kemesraan Nely melayan peminatpeminatnya, dan dari gerak-geri mereka dapat dilihat ini bukanlah kali pertama mereka bertemu. Malam bertambah indah pabila ada pembaca yang hadir memberikan pelbagai hadiah buat gadis yang bakal menginjak usia 20 tahun Julai ini.

Selain berpeluang menikmati sajian enak, para pembaca yang hadir juga tidak pulang dengan tangan kosong. Kesemuanya diberikan produk Enchanteur sebagai buah tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.