Apa yang anda bayangkan kala menghasilkan Omnia Indian Garnet?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1

Kala Valeria Manini (Perfume Business Unit Managing Director) memperlihatkan saya permata mandarin garnet, ingatan saya lari ke India. Cinta pertama kala singgah di negara itu pada tahun 1985 terbayang di mata. Saya seolah menghidu aromanya, mencium sejarahnya dan gemilang warna sari yang memukau mata. Kemudian bau bunga tuberos India menerpa, sedikit limau mandarin, kayu India dan kehangatan rempah saffron. Saya padukan bunga tuberos dengan osmanthus kerana fitrah dua bunga yang berbeza (yang satunya kembang di siang hari dan satu lagi mengharum waktu malam) saya kira dapat menghasilkan bauan hebat. 2

Komputer bagi saya terlalu mekanik. Tepat tapi tiada emosi. Ianya ibarat tanpa roh dan jiwa. Berbeza jika saya menulis kerana ia membuat saya berfikir dan perasaan tumpah sepenuhnya. My handwrinting is my emotion. Saya berasa kala saya menulis formulanya saya seolah-olah menghidu aromanya. 3

Inspirasi saya hadir setiap kali bertemu pelanggan. Setiap kata-kata mereka bermakna dan saya mencerna maksud di sebaliknya. Setiap kelapangan saya akan terbang bertemu pelanggan di Paris, Milan, Barcelona dan New York. Ilham juga mengalir lewat kembara. Budaya setempat, falsafah kehidupan gaya hidup sentiasa menggerakkan minda dan hati. 4

Saya membayangkan wanita elegan yang miliki keyakinan diri sepenuhnya. Dia istimewa kerana unik, anggun dan penuh daya sensual.

Anda menulis formula dengan tulisan tangan dan tidak komputer? Mengapa?

Apa inspirasi anda? Siapa wanita Omnia India Garnet?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.