Gambarkan diri anda.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

5 MINIT BERSAMA EDITA VILKEVICIUTEMUSE OMNIA INDIAN GARNET Model cantik Lithuania menjadi wajah dan muse minyak wangi Bulgari Omnia Garnet. Dia adalah lambang wanita Omnia yang memiliki kecantikan semula jadi yang penuh sensual. Sejak bergelanggang di dunia peragawati, model ini berjaya mencuri perhatian pereka hebat rumah fesyen tersohor dan jurugambar terkenal kerap merakam aksinya. Untuk kempen minyak wangi ini, Edita tampil sebagai wanita yang sempurna kecantikannya. Sifat feminin dan sensual seakan terbias keluar dari dalam diri. Dia sedang bersiap-siap melangkah ke majlis makan malam, dirakam lensa kamera yang mengekori, sejalur cahaya jingga waktu senja menyelinap mencuri masuk lewat jendela kaca. Dia mengenakan perhiasan mewahnya dan terakhir menyembur haruman yang dicintainya sebelum kaki melangkah keluar. Gaya anggunnya menyerlah, feminiti tersebar dan keyakinan diri menguasai diri. Dia adalah jelitawan Omnia India Garnet. Cantik, murni, elegan, sofistikated, seksi dan menggoda sekali. 1

Saya seorang yang aktif dan energetik tetapi masa sama memelihara feminiti. 2 Saya jatuh cinta dengan aromanya. Saya berasa ada kaitan emosi disitu. Baunya bertenaga tetapi menyimpan misteri dan penuh daya sensual. Saya sangat bangga apabila Bulgari memilih saya menjadi wajah haruman ini. 3 Saya tidak pernah membayangkan beraksi di pentas peragaan kerana tidak sedikitpun terlintas di hati mahu menjadi model. Masa kecil saya hanya ke sekolah tanpa memikir secara serius mahu jadi apa tetapi yang selalu ada di benak saya hanyalah bekerja di bidang yang agak aktif dan banyak berkomunikasi. Saya mula menjadi model usia 17. 4

Stail saya ringkas. Saya senang gaya ringkas, cool tetapi cendurung kepada klasik tetapi chic. 5

Saya rasa mata saya. Saya bersyukur memiliki sepasang mata yang bercahaya dengan warna yang berubahubah. Kata orang ada masa ia berona biru dan ada kala kehijau-hijauan.

Bagaimana anda mengaitkan diri dengan haruman Omnia India garnet? Apakah menjadi model impian masa kecil anda?

Stail fesyen anda?

Aset terbaik anda?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.