YANG PERLU ANDA TAHU

EH (Malaysia) - - Rambut -

produk penjagaan mahupun penggayaan rambut. Ini membantu rambut mendapat ‘oksigen’ yang sepatutnya. 6 Sikat rambut menggunakan berus rambut yang lembut bagi meratakan minyak di kepala secara menyeluruh sebelum anda masuk tidur. 7 Tidak salah, sekali sekala anda gunakan resipi mask rambut buatan sendiri. Campuran madu dan minyak zaitun bukan sahaja mempunyai aroma yang wangi, malah ia baik untuk melembapkan rambut. Sapu rata ke seluruh rambut dan balut dengan plastik selama 30 minit. Kemudian, bilas menggunakan syampu dan perapi rambut. Lakukan sebulan sekali. 1 Jangan sesekali cuba meluruskan rambut ketika rambut masih basah. Gunakan sikat berbulu yang memberi tekanan lembut. Selepas menggunakan pengering mahupun pelurus rambut, tukar mode pengering kepada yang bersuhu sejuk bagi menutup kutikel. 2 Mereka yang terlalu mengawal pemakanan dan tidak menjalani rutin diet yang berkhasiat cenderung mengalami kekurangan nutrisi. Justeru, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan rambut. 3 Si rambut kering tidak perlu membasuh rambut setiap hari. Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu berserta penggunaan perapi rambut. Dan jangan pula menyapu perapi sehingga ke kulit kepala kerana dikhuatiri akan meninggalkan lebihan di kulit kepala yang menyerupai kelemumur. 4 Jangan oles serum ketika anda ingin menggunakan penggulung atau pengering rambut. Haba boleh menyebabkan khasiat sebenar serum berubah kepada merosakkan rambut. 5 Ada pelembap rambut yang bertindak hanya memberi kelembutan secara luaran sahaja. Elakkan memilih pelembap mengandungi petroleum atau minyak mineral yang bisa menyekat nutrisi semula jadi daripada meresap ke dalam rambut.

ELAK

Ramai yang menganggap rambut adalah sekadar sel mati yang tumbuh keluar daripada badan manusia. Namun, rambut sebenarnya memberi gambaran sebenar apa yang berlaku pada kesihatan tubuh badan seseorang. Ketahuilah rambut memberi respons terhadap fizikal stres yang diakibatkan oleh penyakit atau stres secara psikologi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.