APA YANG PERLU KITA LAKUKAN UNTUK TIDAK MUDAH MENILAI?

EH (Malaysia) - - Etika -

Beri lebih ruang melihat dan menilai diri sendiri dulu. Jangan anggap jika kita pakai cantik dan mahal kita lebih darjatnya daripada orang lain. Jangan juga fikir jika kita mampu menyarung pakaian mahal tadi imej kita akan kelihatan mahal juga. Personality come first pesan Marina Krakovsky dalam tulisannya – Mixed Impression: How We Judge Others on Multiple Levels. Ikut aturan ini sebagai panduan menjadi individu yang lebih baik.

Pemikiran manusia sememangnya mudah menerima dan menelan perihal negatif berbanding positif. Hal ini jarang kita beri perhatian. Jika anda tetapkan dalam fikiran untuk sentiasa meletakkan hal-hal yang positif terlebih ke depan berbanding hal negatif, kita akan lebih bijak menilai.

Lihat kekurangan diri daripada sekecilkecil hal sehingga kepada hal yang besar. lihat bagaimana cara kita berfikir dan bertindak. Perbaiki diri dahulu sebelum cuba memperbaiki orang lain.

Tetapkan satu drive dalam fikiran dan emosi untuk berbaik-baik pada diri sendiri dan pada orang keliling anda.

Tanya kembali pada diri adakah anda mahu dinilai oleh orang yang anda tidak kenali? jika anda tidak mahu dinilai sebegitu usahlah juga menilai orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.