JANGAN BAWA TELEFON BIMBIT KE MESYUARAT

EH (Malaysia) - - Kerja -

Ketika mesyuarat di pejabat, sebaiknya anda meninggalkan telefon bimbit di meja kerja. Walaupun mod senyap telah diaktifkan, tetapi sering terjadi kakitangan mengangkat panggilan telefon ketika berada di dalam mesyuarat. Getaran dari mod senyap yang diaktifkan akan membuatkan diri anda terperangkap dengan timbul rasa ingin tahu dan memeriksa telefon bimbit sejurus ia bergetar. Secara tidak langsung ia mengganggu perjalanan mesyuarat dan menimbulkan perasaan buruk orang terhadap diri anda.

JAWAB PANGGILAN DI TEMPAT YANG SESUAI

Panggilan telefon yang anda kategorikan penting semestinya tidak perlu dielakkan. Namun, carilah tempat yang lebih privasi untuk anda menjawab panggilan tersebut supaya tidak mengganggu teman sepejabat. Elakkan menjawab telefon di dalam tandas kerana ia akan menimbulkan rasa kurang selesa oleh pengguna tandas yang lain. Jika tiada kawasan yang lebih privasi untuk anda menjawab panggilan telefon, pastikan ia tidak mengganggu konsentrasi orang lain dan bercakap dengan nada yang perlahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.