AKTIFKAN MOD SENYAP

EH (Malaysia) - - Kerja -

Kemajuan dunia hari ini dengan telefon mudah alih dan serba canggih sebenarnya banyak membantu aktiviti kita seharian termasuk dalam hal pekerjaan disamping memudahkan komunikasi. Namun begitu penggunaan telefon mudah alih atau gajet canggih di tempat kerja haruslah punya sempadan demi menjaga kualiti masa kerja yang ada.

Saya membaca etika penggunaan telefon bimbit di tempat kerja yang ditulis di laman web bodypro.com yang menyatakan tentang penggunaan telefon bimbit di pejabat boleh menyebabkan gangguan privasi. Persoalan yang dikaitkan adalah adakah kita selesa mendengar perbualan telefon peribadi rakan pejabat secara terbuka? Semestinya tidak kerana perbualan telefon peribadi adalah sesuatu yang bersifat peribadi. Ia bukan hanya menimbulkan rasa tidak selesa, juga membuatkan rasa segan orang di sekeliling yang secara terbuka mendengar perbualan kita.

Etika penggunaan telefon bimbit di pejabat seharusnya diberikan penekanan kerana ia bukan hanya bertujuan menjaga privasi, malah mengekalkan nama baik kita di pejabat dan mengelak dari dikenakan amaran daripada majikan. Zon di pejabat adalah salah satu zon senyap selain dari perpustakaan. Setiba sahaja di pejabat, pastikan telefon bimbit anda dalam mod senyap ini kerana deringan telefon bimbit boleh mengganggu konsentrasi rakan sepejabat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.