MUDAH UNTUK ANDA!

EH (Malaysia) - - Wang&anda -

Ramai yang masih sangsi mengenai pemilikan kad kredit. Ada yang mempersoalkan adakah kad kredit itu benar memberi kebaikan seperti tertera dalam iklan atau hanya mendatangkan masalah besar seperti bankrap. Realitinya, tidak salah untuk mempunyai kad kredit selagi penggunaannya dikawal dan digunakan atas dasar keperluan dan bukan kehendak. 1

Wang tunai tidak selalu berada di dalam poket dek kesempitan masa untuk ke mesin tele automatik (ATM). Justeru, kad kredit membolehkan anda membuat pembayaran tanpa memerlukan wang tunai. Contohnya sewaktu kecemasan yang memerlukan

‘PENYELAMAT’ KETIKA KECEMASAN

anda ke hospital dalam kadar segera. Hanya leretkan kad tanpa perlu bersusah payah untuk ke ATM. 2

Apa yang anda belanjakan akan diberi mata ganjaran terkumpul yang membolehkan anda mendapat pulangan menarik. Contohnya, perlindungan insurans untuk anda sekeluarga, hadiah promosi seperti telefon bimbit dan pakej percutian serta pelbagai lagi hadiah menarik. 3

Kad kredit yang juga dikenali dengan panggilan wang plastik lebih selamat dibawa kerana pengguna tidak lagi perlu membawa wang tunai bersama. Jika ada kes kecurian, pengguna boleh membuat laporan ke

GUNAKAN UNTUK GANJARAN

SELAMAT

Diperkenalkan khas pada 2013, kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum Mastercard adalah kad kredit yang memberi ganjaran kepada pengguna dalam setiap pembelian secara dengan mendapat pulangan rebat wang tunai. Ia benar menjimatkan bilamana anda mendapat diskaun 5 peratus ketika berbelanja. Bagi si gila fesyen, anda mendapat diskaun tambahan sebanyak 25 peratus jika berbelanja di laman beli belah Zalora. Selain itu, pengguna juga memperoleh 20 peratus rebat tambahan ketika membuat pembelian tiket penerbangan serta 15 peratus rebat tambahan pembelian tiket wayang di Golden Screen Cinemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.