Berapa ramai pekerja di LOKL?

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

epat jam 10 pagi kelibat Cheryl sudah kelihatan di studio baru kami yang bertempat di Dataran Harmodal. Datangnya kali ini tidak sendiri. Dia bersama anak sulungnya, Stella. Lama sebetulnya kita tidak melihat Cheryl mengacara di TV namun dia masih lagi aktif mengacara majlis-majlis tertentu dan program Shoppers Day Out masih lagi dikemudinya buat saluran Life Inspired. Sejak bergelar ibu masanya banyak dihabiskan untuk keluarga dan bisnes food and beverage (F&B) yang diusahakan hari ini. LOKL (disebut sebagai lokal) menjadi keutamaannya hari ini dalam memberi servis terbaik buat pelanggan yang hadir.

Idea dibalik LOKL

Idea datang daripada suami saya sendiri yang terlebih dahulu membuka butik hotel, Back Home. Kebetulan kami mempunyai ruang yang awalnya mahu disewakan kepada manamana pemilik kafe yang berminat. Namun semuanya berubah bila suami saya mahu menjalankan sendiri bisnes ini. Agak sukar pada permulaannya kerana kami berdua tidak punya pengalaman dan ilmu dalam bidang F&B namun setelah melalui sendiri proses awal seperti menghadiri kursus dan mendapatkan nasihat serta bantuan daripada orang yang tepat semuanya berjalan dengan baik. 9 April 2012 secara rasmi LOKL dibuka dan tahun ini genap dua tahun bisnes ini dijalankan. Pada awalnya it was just three of us. Semua kena buat sendiri. Daripada mengambil pesanan, memasak, jadi cashier sehingga cleaner. Namun setelah dua tahun sistem staf lebih teratur. LOKL kini mempunyai seorang pengurus, head of kitchen dan enam pekerja yang mengikut rotation base.

Kelebihan LOKL

Servis pelanggan adalah keutamaan LOKL selain daripada menu yang kami sediakan. Saya sentiasa mahu pelanggan datang untuk enjoy dan menikmati pengalaman yang menyeronokkan. Saya juga sangat percaya jika kami berjaya menarik hati pelanggan dengan layanan yang betul mereka pasti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.