Cabaran

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

Jika diikutkan perniagaan ini awalnya hanya dijalankan pada hari biasa sahaja sehingga jam lima petang dan tutup pada hari minggu. Namun kerana permintaan daripada mereka yang pulang bekerja mahukan sedikit masa sementara menunggu kesesakan jalan raya reda membuatkan kami memutuskan untuk membuka lokl sehingga jam lapan malam setiap hari biasa (kecuali isnin) dan buka pada hari minggu. Dari segi pengurusan, saya banyak melibatkan diri dari segi menu yang dihidangkan manakala suami lebih kepada sistem operasi bisnes dan kewangan.

Ketika awal bisnes ini dijalankan saya kira cara yang betul adalah dengan mengambil pekerja yang berpengalaman bagi memudahkan bisnes. Namun perkara sebaliknya terjadi kerana bila saya mengupah mereka yang berpengalaman mereka ini hadir dengan satu attitude yang agak teruk. Dijadikan cerita satu hari saya ke LOKL untuk membuka kafe, tiada seorang staf pun yang datang kerana sikap buruk yang ada dalam diri mereka. Lebih kurang dua minggu saya, suami dan pengurus LOKL menjalankan bisnes ini sendiri sebelum betul-betul jumpa dengan staf yang tepat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.