THE NEW SEXY!

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

bending over.” Jones mempertikaikan bagaimana dunia pop hari ini mengalih pandangan dunia terhadap definisi seksi pada wanita. Seksi hari ini adalah sesuatu yang lucah dan tidak lagi dipandang eksklusif seperti zaman seksinya aktres Marilyn Monroe atau Audrey Hepburn. Brett Hobell, penulis sosial Daily News US menyatakan wanita yang seksi adalah wanita yang sihat. Jika mereka mahu tubuh yang cantik mereka tahu apa yang harus dikorbankan sama ada corak pemakanan atau gaya hidup itu sendiri. “Seksi itu dari dalam. Seseorang wanita harus betul-betul memahami diri mereka untuk mendapatkan tubuh yang seksi.”

Dalam satu artikel tulisan Justin Rocket Silverman yang bertulis This Man Asked Everyone About The Word Sexy menulis – Seseorang wanita itu seksi apabila dia menjadi dirinya sendiri. Wanita yang seksi menurutnya tidak terkejar-kejar mengikut stail wanita lain cukup sekadar yakin dan selesa dengan personaliti mereka sendiri. Namun yakin yang ada bersyarat iaitu tidak sombong dan tidak angkuh dengan apa yang mereka ada. Pernyataan Justin ini jika dilihat mendalam ia berbalik kepada personaliti inidividu.

SEXY VS SLUTTY

Menjadi seksi tidak semestinya cantik tetapi dengan berpakaian seksi mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Sama ada perhatian tersebut sesuatu yang positif itu perkara lain tetapi kenyataannya ia mampu membuat mana-mana lelaki menoleh tanpa berkelip. Lihat pengertian seksi sebenar pada pandangan lelaki. SEKSI Positive attention. Perhatian yang diberikan padanya lebih terhormat tanpa perlu dengan bahasa tubuh yang keterlaluan.

Yakin dan mampu berkomunikasi dengan lancar.

Misteri dan menimbulkan resah lelaki dalam mendalami jiwa dan pemikiran mereka.

Know how to party tetapi tidak liar. Punya bahasa tubuh yang minimal dan enjoy the scene.

Independent, punya pendapat dan tidak mudah terpengaruh. SELEBRITI CONTOH: Angelina Jolie, Sofia Coppola dan Scarlett Johansson. SELEBRITI CONTOH: Nicki Minaj, Pamela Anderson dan Kim Kardashian. New York Daily menulis smart is the new sexy! Ramai lelaki hari ini memandang tinggi wanita yang bijak. Kebijaksanaan yang dimaksudkan tentu saja akan cara mereka berfikir, membawa diri dan bertindak. Seksi tidak lagi dinilai melalui apa yang wanita pakai atau calitkan pada wajah mereka. Seksi adalah personaliti, seksi adalah pesona dalaman seorang wanita. Aktres Cate Blanchett menyebut dalam satu temu bual majalah Vogue Australia “Kebijaksanaan wanita adalah elemen utama untuk mereka menarik minat lelaki di luar sana.” Wanita masih lagi boleh kelihatan menarik tanpa perlu menyarung jean sendat dan baju yang menampakkan lurah. Jadi jika ditanya sekali lagi apa seksi pada lelaki jawapannya tentu saja cara seseorang wanita itu membawa diri mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.