Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

KAMI TAMPILKAN IZARA AISHAH DALAM SOLEKAN CUKUP MINIMALIS. KHIR MENCALIT SEDIKIT PEMBAYANG MATA RONA TANAH DAN MELENGKAPKAN SOLEKAN MATA DENGAN PENGGARIS MATA WARNA BIRU

Kami tampilkan Izara Aishah dalam solekan cukup minimalis. Khir Khalid meratakan bedak asas yang cukup tipis memandangkan Izara memiliki kulit yang cukup mulus dan bebas cela. Khir mencalit sedikit pembayang mata rona tanah dan melengkapkan solekan mata dengan penggaris mata warna biru. Khir menyuntik drama pada look ini dengan mencalit gincu rona merah lada, sekali gus menyerlahkan penampilan keseluruhan.

Gary pula mendandan rambut Izara dalam gaya yang cukup ringkas. Rambut Izara dibelah tengah dan diikat rapi, hanya sedikit juntaian rambut depan untuk menyeimbangkan gincu merah tadi. Sesuai untuk anda cuba Aidilfitri nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.