TIGA RANGKAIAN BARU

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Kali ini Armani Jeans membawa tiga rangkaian baru seperti Made In The World, Denim Lover dan Beauty Jeans. Koleksi Made In The World merupakan edisi terhad direka dari tiga negara yang berbeza iaitu Itali, Jepun dan Amerika Syarikat. Ia melambangkan ikon negara tersebut, bendera misalnya. Denim Lover pula untuk wanita, berciri lebih mesra alam, skinny jeans dari fabrik kapas organik serta kulit bercorak burung helang. Beauty Jeans adalah projek terbaru khas untuk wanita di mana ia mengajak wanita untuk menjaga bentuk badan. Rekaan jean yang selesa dari benang yang inovatif yang dipercayai membantu dalam peredaran darah dan meningkatkan keanjalan kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.