RONA-RONA DIOR ADDICT

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

Dior menerbangkan pakar solekannya, Junior Cedeno dari Sepanyol untuk berkongsi rahsia solekan menggunakan rona-rona terbaru dari koleksi terbaru Dior Addict. Junior sebelum ini berpengalaman menyolekkan model dan juga selebriti seperti Sharon Stone dan Jennifer Lopez. Dia juga terlibat dalam penggambaran editorial majalah antarabangsa seperti Vogue, Harper’s Bazaar, Glamour dan Instyle.

Junior pernah bekerja di Creation Workshop of Versace dan sempat mencuri ilmu bersama jurusolek legenda Kevin Acoin sebelum kembali ke Versace. Saban tahun juga dia akan dipertanggungjawabkan untuk mencantikkan selebriti di Festival Filem Cannes seperti Penelope Cruz, Susan Sarandon, Monica Bellucci, Elizabeth Hurley serta supermodel legenda seperti Naomi Campbell dan Christy Turlington.

KATA JULIO TENTANG SOLEKAN

“Beauty is not being a simple cover, it’s about finding your own style.”

KESUKAAN JULIO Dia sangat sukakan warna, tetapi solekannya takkan sempurna tanpa maskara Diorshow Black Out. “Ia memberikan efek maksimum dalam cara yang begitu mudah.”

TIP SOLEKAN MENGGUNAKAN DIOR ADDICT

Diorshow Palette Mono boleh digunakan dalam pelbagai cara, untuk warna yang lebih pekat semburkan berus solekan dengan mist dan calit warna pembayang mata pada kelopak mata.

Koleksi Dior Addict patut cuba!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.