MINERAL UNTUK KULIT KERING

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sulfur:

Membantu mengekalkan kulit agar sentiasa lembut. Kebiasaannya digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema penggunaan sulfur amat diperlukan. Sumber sulfur termasuk asparagus, telur, daging merah, ubi keledek, pisang, tomato, bawang besar dan bawang putih.

Zink:

Membantu mengatasi kerosakan pada sel kulit. Zink banyak terdapat dalam kacang hijau, badam, kacang pis, gajus dan daging.

Iodin:

Kekurangan iodin menyebabkan penyakit hipotiroidisme yang seterusnya menyebabkan kulit kering. Sumber utama iodin ialah faram dan makanan laut.

Selain daripada mineral dan vitamin di atas, asid lemak Omega 3 (Omega-3 Fatty) juga penting untuk kulit yang berfungsi sebagai pelembap. Sumber utama boleh diperoleh daripada kekacang dan ikan air sejuk seperti salmon, mackerel, kod, kerapu, sardin dan lain-lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.