KEKALKAN KELEMBAPAN KULIT DARI SEGI DALAMAN

Selain memelihara kulit kita dari faktor luaran, kita juga perlu menjaga kulit kita daripada faktor dalaman.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 KEKURANGAN AIR DALAM BADAN

Tubuh kita terdiri daripada 70% air. Jadi kekurangan air dalam badan menyebabkan kulit tidak dapat mengekalkan kelembapan di samping mengundang pelbagai penyakit. Untuk kekalkan kelembapan kulit anda perlu minum air sebanyak 2 hingga 3 liter air sehari. Perbanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi banyak kandungan air seperti anggur, tembikai, oren, timun, tomato dan saderi.

2 KURANG REHAT DAN TIDUR

Sel kulit yang baru akan terhasil sewaktu kita tidur. Dan dikatakan waktu terhasilnya sel kulit baru ini ialah dari pukul 10 malam hingga 2 pagi. Jadi pastikan anda tidur pada masa ini dan dapatkan rehat yang cukur agar kulit tidak stres.

3 KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL

Jumlah kandungan vitamin yang sepatutnya diambil daripada menu harian kita biasanya tidak mencukupi. Sebab itulah kita memerlukan suplemen sebagai sokongan kepada manamana vitamin dan mineral yang tidak mencukupi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.