Kembara 60 Tahun Clarins Selami 60 Tahun Kepakaran Dalam Tumbuh-Tumbuhan, 60 Tahun Dalam Inovasi, 60 Tahun Dalam Tanggungjawab Kecantikan Dan 60 Tahun Cinta Pada Wanita Tumbuhan adalah Sains Kami

DENGAN WANITA SEBAGAI INSPIRASI, INOVASI CLARINS SENTIASA BERKEMBANG MEMBENTUK SATU PERJALANAN YANG PENUH BERMAKNA BUAT SELURUH DUNIA.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Wanita sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada Clarins dan segala-galanya bermula dengan seorang wanita yang membantu Jacques CourtinClarins menemui kerjayanya iaitu untuk membawa dunia kecantikan dengan lebih ke hadapan dan menjadikan ia lebih realistik dan semula jadi. Ini membuktikan bahawa Clarins mendengar suara wanita, berfikir untuk menghasilkan sesuatu dan bertindak menjadikannya kenyataan.

Inovasi Kekal Sentiasa ke hadapan, memahami kehendak wanita dan lelaki serta menerokai mekanisme biologi kulit serta bahan aktif yang baru semua ini adalah misi makmal Clarins. Misi ini menggambarkan moto Clarins iaitu “lebih berusaha, lakukan dengan baik dan gembira dengan hasilnya.” Dalam usaha Clarins menghasilkan produk yang lebih bermutu kepada pelanggan setianya, Clarins sentiasa mengikut rentak dalam perubahan saintifik dan teknologi terkini. Dengan tumbuh-tumbuhan, anda boleh menghilangkan cela kulit, melindungi kulit daripada pencemaran serta menyerlahkan kecantikan semula jadi. Namun untuk semua itu anda memerlukan pengetahuan, rasa ingin tahu dan pengkaji terbaik di Clarins. Kuasa Sains amat penting untuk mencari ekstrak penting daripada setiap tumbuhan, yang mana satu adalah efektif dan berharga daripadanya. Dengan tumbuhan anda boleh menjadikan dunia ini cantik dan penuh keajaiban.

Sentuhan dan Sains Pada awal permulaan Clarins lagi komitmennya amat tinggi, di mana Clarins mahu menyatukan perubatan dan kosmetik. Dan tulang belakang di sebalik komitmen ini adalah ahli terapi kecantikan. Untuk melatih mereka, Jacques Courtin-Clarins membuka sekolah untuk Ahli Terapi Kecantikan di Paris. Ia mengajar versi pertama teknik Clarins yang mana menjadi revolusi rawatan kecantikan.

Pengalaman, penyelidikan rapi, dan kreativiti menjadikan Clarins lain daripada yang lain.

– Eric Gooris, Pengarah Makmal Clarins

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.