Top 5

WALAU APA PUN MASALAH KULIT ANDA, ORIGINS SENTIASA ADA PENYELESAIANNYA. KETAHUI 5 PRODUK TERBAIK ORIGINS YANG EFEKTIF DENGAN RUMUSAN SEMULA JADI INI BERSAMA TESTIMONI PENGGUNA SETIA!

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 Clear Improvement Active Charcoal Mask

Apabila toksin daripada alam sekitar seperti kotoran dan debu terperangkap di dalam kulit anda, secara tidak langsung sistem penapisan kulit akan tersumbat termasuklah liang pori-pori. Kesan daripada proses ini mengakibatkan kulit yang tampak kusam dan tidak bermaya. Dengan pupur ini, formula arang dan tanah liat putih Cina mampu menyingkirkan segala kotoran yang terperangkap lantas membuat kulit tampil sihat dan cerah.

“Pupur arang ini membuatkan kulit saya terasa bersih dan cukup segar. Ia tidak meninggalkan kesan yang kering setiap kali selepas penggunaan. Kulit saya selalunya akan timbul bintik putih dan hitam namun dengan pemakaian pupur ini dua minggu sekali, kesannya

amat menakjubkan.” 2 Make a Different Plus Rejuvenating Treatment Rawatan untuk menyegarkan kulit kini hadir dengan satu balang yang penuh dengan bahan-bahan semula jadi hebat seperti laici, rose of Jericho dan tembikai. Bahan-bahan ini menghasilkan kelembapan yang maksimum untuk kulit.

“Selain daripada teksturnya yang bebas minyak, saya juga menggemari kesannya pada kulit yang mana kulit tidak berasa melekit dan berminyak sepanjang hari. Saya oleskan setiap pagi dan malam untuk kesegaran maksimum” 3 Energy Boosting Moisturizer Krim bebas minyak yang ringan dan tidak melekit ini memberi penghidratan yang sempurna buat kulit. Mulakan hari anda dengan krim ini, ia bertindak sama seperti secawan kopi buat minda anda, cuma krim ini berfungsi membangkitkan kesegaran kulit dari awal hari hingga ke malam.

“Saya tidak boleh memulakan hari tanpa lapisan krim ini, ia seolah-olah menjadi pembekal tenaga dan lembapan pada kulit sepanjang hari. Saya akan mengolesnya sebaik menggunakan penyegar dan olesan tipis krim ini sudah memadai. Saya akan mengolesnya pada waktu malam juga agar kulit lebih lembap dan segar keesokan hari. 4 Smarty Plants CC SPF20 Skin Complexion Corrector Krim CC berformulakan agen antioksida membantu memulihkan kulit yang rosak akibat kesan persekitaran. Ia juga berupaya mengitar semula bahan yang tidak diperlukan kulit, menjadikan kulit dihidrat sempurna. Dengan itu kulit akan tampil lebih muda dan bersinar.

“Saya sentiasa mengambil berat akan kesan persekitaran pada kulit saya. Boleh dikatakan setiap hari saya terdedah dengan kerja luar menyebabkan kulit sentiasa merengsa pada penghujung hari. Namun dengan Krim CC ini sebagai perisai, semua itu bukan masalah, kulit tampil segar sentiasa malah bebas minyak!” 5 Check And Balances Frothy Face Wash

Pencuci wajah yang bijak untuk mengimbangkan keadaan kulit agar tidak kering dan tidak berminyak. Dengan ekstrak broad leaf Kelp ia membantu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan manakala Wheat Protein membantu melindungi bahagian wajah yang kering dengan menyalurkan lembapan sempurna.

“Saya boleh katakan pencuci wajah ini adalah produk genius! Ia boleh mengetahui sendiri bahagian mana yang memerlukan lembapan dan bahagian mana terlebih lembapan. Ia membuatkan kuit saya lembap sempurna setiap masa.”

CLEAR IMPROVEMENT ACTIVE CHARCOAL MASK MAKE A DIFFERENT PLUS REJUVENATING TREATMENT GINZING ENERGY BOOSTING MOISTURIZER SMARTY PLANTS CC SPF20 SKIN COMPLEXION CORRECTOR

CHECK AND BALANCES FROTHY FACE WASH

SHAREEN SURIA, SETIAUSAHA KANAN, 27 TAHUN

SYAZLIN PILUS, AHLI PERNIAGAAN, 27 TAHUN

NAJIBAH MAT ALI, AHLI PERNIAGAAN, 27 TAHUN

NURUL HANA, EKSEKUTIF PEMASARAN, 27 TAHUN, 27 TAHUN

FARAH NADZIRAH MOKHTAR, EKSEKUTIF PERNIAGAAN, 27 TAHUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.