Undang-Undang Belai Rambut

UNTUK MEMILIKI RAMBUT SIHAT BERSINAR, ADA PERATURAN YANG PERLU ANDA PATUH. BARULAH RAMBUT IDAMAN JADI MILIK ANDA.

EH (Malaysia) - - Rambut -

Berikut peraturan asas yang mungkin sebahagiannya anda sudah tahu namun masih gagal mematuhinya. Disiplinkan diri agar rambut yang berlaun bukan lagi mimpi.

Untuk meminimumkan risiko rambut rosak gunakan berus rambut bristle natural kerana ia lembut dan bersifat fleksibel.

Jika anda meluruskan rambut menggunakan pelurus rambut, sapukan serum anti menggerbang (anti-friz serum) terlebih dahulu agar kelembapan rambut dapat dikekalkan.

Tekanan, tabiat merokok juga pemakanan yang tidak sihat memberikan impak buruk kepada kesihatan rambut.

Usah menyikat rambut sewaktu ia masih basah.

Bagi anda yang berambut panjang rajinrajinkan diri menyapu perapi pada hujung rambut kerana khasiat yang disalurkan dari dalam badan mungkin tidak sampai pada hujung rambut lantas menyebabkan ia kering dan mungkin bercabang,

Selepas anda menyapu perapi, bilas rambut dengan air sejuk. Air dingin akan mengunci kutikel rambut.

Bagi yang berambut panjang usah lupa untuk trim hujung rambut setiap enam minggu.

Jika menggunakan peniup kering, pastikan jaraknya lapan inci dari rambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.