KHASIAT MINYAK ARGAN

Tahukah anda minyak argan bukan hanya terkenal dengan khasiat magisnya dalam membelai kulit, malah ia juga sebenarnya baik untuk kesihatan tubuh badan.

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Apabila kita mendengar mengenai minyak argan, sememangnya secara automatik akan memikirkan tentang kebaikannya untuk kulit. Minyak argan sangat mujarab dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit, tetapi hakikatnya manfaat yang diberikan minyak argan lebih dari itu, ia baik untuk kesihatan secara menyeluruh.

Dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit, minyak argan mampu mengembalikan kulit wajah yang halus dan sihat kerana ia tinggi dengan kandungan vitamin E. Malah, ia juga mampu menghilangkan kesan parut dan stretch mark pada tubuh badan.

Bukan itu sahaja, minyak argan juga berhasil dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari yang terik sekali gus merosakkan kulit. Dengan pemakaian minyak argan pada tubuh badan, wajah dan kulit kepala ia mampu memberikan kesihatan secara menyeluruh, dalaman juga luaran.

Selain daripada penjagaan kulit luaran dari minyak argan, ia juga baik untuk penjagaan menyeluruh bahagian dalaman tubuh badan bagi minyak argan yang khas untuk digunakan dalam masakan.

ELAK KANSER

Ia terbukti dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji bahawa penggunaan minyak argan untuk makanan lebih baik dari menggunakan mentega atau selainnya. Minyak argan dikatakan faktor utama menghalang penyakit kanser.

CEGAH SAKIT JANTUNG

Disebabkan kandungan minyak argan yang kaya dengan vitamin E, ia dipercayai mampu mencegah dan mengelak sakit jantung. Pemakanan yang tidak sihat juga mengundang sakit jantung. Minyak argan yang digunakan dalam makanan mungkin boleh membantu dalam mencegah penyakit ini.

KAWAL TAHAP DARAH KOLESTEROL

Penggunaan minyak masak yang berlebihan boleh mengakibatkan tingginya kandungan kolesterol dalam darah atau badan kita. Minyak argan sebenarnya dua kali ganda lebih banyak vitamin E dari minyak Zaitun yang mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah.

SISTEM IMUN

Bukan hanya baik untuk kulit, malah minyak argan juga baik dalam meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh badan kita agar lebih kuat dari jangkitan penyakit. Penggunaan minyak argan dalam masakan sedikit sebanyak membantu dalam memberikan kesihatan badan yang baik.

RANGSANG OKSIGEN DALAM BADAN

Pengaliran oksigen dalam badan juga lebih lancar dan teratur dengan minyak argan dalam pemakanan. Ia boleh merangsang sistem darah dalam tubuh badan agar oksigen yang disalurkan dapat bergerak ke seluruh tubuh badan tanpa ada sebarang kesulitan dan seterusnya menjadi punca penyakit lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.