ILHAM TRADISI ROYAL SELANGOR

EH (Malaysia) - - Berita Deko -

Berikan sentuhan glamor sempena ketibaan Syawal yang mulia ini dengan koleksi Songket dan Batik daripada Royal Selangor. Ilham yang mengetengahkan kecantikan tekstil tradisi tempatan ini diabadikan pada rekaan beberapa item seperti gelas, pelapik gelas dan pinggan.

Dalam koleksi Songket, corak geometri unik sehingga fabrik mewah menghiasi setiap reka bentuk. Kilauan piuter mewakili benang logam berkilat yang ditenun pada sutera atau kain kapas untuk mencipta kesan multi rona yang cukup terkenal di dalam kesultanan Melayu. Koleksi ini terdiri daripada bingkai gambar bersaiz 4R, bekas teh, gelas, pelapik gelas, pinggan dan sebuah kotak perhiasan.

Koleksi Batik pula terdiri daripada bekas simpanan pil, kotak perhiasan, penyangkut beg, gelas, pinggan, pelapik gelas dan bingkai gambar. Kilauan piuter yang lembut menampilkan motif kompleks Parang, Ceplok dan Nitik menghiasi setiap reka bentuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.