“Pakar Sakit Hati”

EH (Malaysia) - - Tinta - BAB 7: ZILA DAN MIMI

“Saya tak jadi bunuh isteri saya malam tadi.” Pengakuan datang daripada Fairuz, klien Dr. Sandra yang sedang cuba menangani masalah anger issues bininya, Zila – dengan cubaan membunuhnya. “Saya rasa tu kemajuan yang bagus, Encik Fairuz,” Sandra bersuara dengan berhati-hati. “Pada pendapat profesional saya, saya tak rasa dengan membunuh isteri Encik Fairuz dapat menyelesaikan apa-apa masalah.” Terlepas tawa kecil dari mulut Fairuz. “Kenapa Encik Fairuz gelak?” “Dia punca masalah saya! Dia yang buat hidup saya tak tentu arah. Kalau dia dah tak ada dalam hidup saya, bukan ke selesai masalah tu?” “Encik Fairuz, may I remind you that this is couples’ therapy. Saya cuma dengar masalah dari pihak Encik Fairuz tanpa berjumpa pun dengan Puan Zila...” “I see. Jadi doktor rasa mungkin ada apa-apa yang saya buat salah? Sampai buatkan isteri saya jadi pemarah?” “Saya tak maksudkan macam tu --’’ “Kalau dia baling pinggan sebab makanan dia tak sedap, salah saya? Kalau dia mengamuk sebab tempat duduk dia rasa tak sedap, salah saya?! Macam tu?!” Sandra diam. Bukan sebab terkedu, tapi sebab rasakan situasi ni ironik. Fairuz yang dah tak tahan dengan perangai bini yang pemarah – sekarang siapa yang jadi pemarah? Fairuz mengeluh. “Saya mintak maaf. Saya cuma... dah tak tahan dengan keadaan ni.” Sandra tetap tenang – bukannya dia tak biasa kena herdik dengan klien. Dan dia harus tenang sebab soalan selepas ni mungkin akan mengundang herdikan dengan kadar desibel yang lebih tinggi. “Encik Fairuz, I hope you don’t mind me asking... but is there someone else?” Fairuz memandang Sandra. “Someone else? Maksudnya?” “Orang ketiga.” “Saya ke, dia?” Sandra diam sekejap. Dia harus lebih taktikal. “Saya tak katakan yang Encik Fairuz ada hubungan sulit ke apa. Tapi mungkin, dek kerana sifat cemburu yang melampau, Puan Zila ada meragui sesiapa yang rapat dengan Encik Fairuz?” Fairuz diam. “Cemburu ni boleh sampai ke tahap merbahaya, Encik Fairuz. Kita masih tak

tahu apa punca sebenar kemarahan Puan Zila ni, jadi kita perlu siasat dari segala aspek.” “Well, there is this... colleague of mine.” Hah! Aku dah agak dah. Terus-terang je kan senang, getus Sandra dalam hati. “Colleague? Sama tempat kerja?” “Well, not exactly. Macam... kenalan. Saya banyak bercerita dengan dia tentang masalah saya.” Heh, semua pun mula macam tu. Mulamula pakai bahu kawan tu nak tumpang menangis mengadu... lama-lama, nak lain pula kan? Tapi Sandra tak mencelah. “Tapi saya tak faham macam mana tu boleh jadi punca cemburu Zila, kalau ye pun. Setahu saya, dia tak pernah tahu pun pasal Mimi...” Hah! Aku kata dah! Mimi ni kekasih gelap dia! Max owes me 50 bucks! “Ada kemungkinan dia dapat tahu, atau ambil tahu?” Fairuz cuma diam memikirkan kemungkinan yang Sandra bagi tu. Sandra tak tunggu jawapan Fairuz sebelum mencadangkan, “Saya rasa dah tiba masanya untuk Encik Fairuz cuba pujuk Puan Zila untuk datang jumpa saya.” “Dia takkan setuju...” “Encik Fairuz mesti nak masalah ni selesai, kan? Maksud saya, tanpa sebarang kegiatan jenayah?” Fairuz mengeluh. “Saya akan cuba. Tapi saya tak rasa...” Tiba-tiba telefon dalam pejabat Sandra berdering. “Helo, Dr. Sandra?” suara pembantu peribadinya kedengaran. “Ada orang nak jumpa ni, katanya mustahak. Shall I schedule her for 3pm? The slot is free.” “Therapy or business?” tanya Sandra. Pembantu peribadinya bertanyakan soalan tu pada tetamu yang bertandang, kemudian berkata, “Business katanya, Dr. Sandra. Miss... Mimi Morticia?” Mimi? Mimi yang sama ke? “I must say, I’m quite surprised to see you here in my office,” kata Sandra kepada tetamunya tu, setelah dia pasti sesi Fairuz dah berakhir sekurang-kurangnya setengah jam yang lalu. Mimi Morticia seorang wanita dalam lingkungan awal 30-an yang tinggi lampai dah berwajah kacuk Melayu-Siam. Memang cantik menawan orangnya. Dan bila dia bersuara, Sandra yakin suaranya sama dengan suara dalam rakaman Jon dan Joni. “I take it Fairuz has told you about me,” katanya sambil tersenyum. Senyuman nipis yang tak nampak gigi.

Mimi “Briefly,” duduk Sandra dan akui. memandang sekeliling pejabat meneliti Sandra. dengan lebih Sebelum lanjut, Mimi Sandra boleh terus memulakan think of his problem?” perbualan, “So... what do you Mimi memandang Sandra, kali ni dengan pandangan tajam. “Frankly speaking, I think he should get rid of her.” Mere mang bulu roma Sandra dibuatnya. Kalau apa yang Max teka tu betul... “And why is that?” Mimi senyum nipis lagi. “You’re kidding, right? It’s not healthy for him.” lain?” “I setuju. Tapi you tak rasa ada cara “What, keep her around?” ujar Mimi dengan sedikit tawa kecil. Seolah-olah Sandra masih melawak (Masih? Tadi pun dia tak melawak). “Yes. And solve the root of the problem,” kata Sandra. “That’s impossible.” “Why so?” Mimi mengeluh. Dia mendekatkan dirinya sedikit kepada meja yang berada antara dia dan Sandra. Pergerakan yang mudah, tapi bila datangnya dari Mimi entah macam mana jadi seksi. The Mistress Appeal, fikir Sandra. Or The Femme Fatale. “Look, I understand that you run a clinic for couples. Secara semula jadinya, you akan nak selesaikan kes ni sebagaimana you selesaikan kes pasangan yang lain. But... well, you’re a psychologist. I don’t think you know how to best handle this situation.” Giliran Sandra pula senyum nipis, walaupun mungkin tak seseksi Mimi. “Unlike your profession, Miss Morticia --““Mimi, please.” “Unlike your profession, Mimi, my process requires time. I can’t take the... easy way out.” Lepas ni Max kena upahkan aku bodyguard la nampaknya, berani cakap macam ni dengan pembunuh upahan. Eh, betul ke si Mimi ni pembunuh upahan? “What makes you think we have it easy in our profession?” soal Mimi sambil menyilangkan kakinya dan menyandar di kerusi. Ya lah, kerja kau pun susah. Mesti tak boleh tidur malam lepas goda orang ke, bunuh orang ke... kan? Aku ni pula masih dalam dilema nak pastikan sama ada kau ni orang ketiga ke, penghapus orang kedua...

“You have your difficulties, I’m sure. But he’s my client for now and I have to see this through,” kata Sandra dengan neutral. “I don’t mean to sound territorial. But... he’s my client too, you know.” Okey, sah! Dia ni pembunuh upahan! Matilah aku. Create a diversion, now! “Is that all he means to you?” tanya Sandra. Mimi menyepetkan matanya yang dah sedia sepet tu. “What do you mean by that?” “Are you sure you don’t have any ulterior motive?” “To what?” “To remove her out of the picture. Besides monetary gain...” Mimi nampak macam terasa dengan ayat terakhir Sandra tu, tapi dengan segera dia kembali tenang. “Kan I dah cakap. It’s not healthy for him.” “You might think so. Tapi mungkin you tak cukup kenal Zila. You tak kenal Fairuz dan Zila sebagai satu pasangan dan mungkin ada perkara yang masih boleh dilakukan untuk kukuhkan balik hubungan dia orang,” jelas Sandra bersungguh-sungguh. Mimi pandang Sandra macam Sandra yang patut diberikan terapi. “You ni... dah terkena folie a deux ke?” Sandra sedikit terkejut dengan bahasa psikologi/psikiatri yang digunakan dek Mimi tu. Folie a deux adalah sindrom di mana orang yang rapat dengan seseorang yang menghidap sakit mental juga mengalami simptom-simptom yang sama. Tapi Fairuz bukannya sakit mental! “Tahniah la sebab dah Google benda tu. Tapi I tak rasa sindrom yang you Google tu ada kena-mengena dengan kes ni,” kata Sandra. “You nak kukuhkan balik hubungan Fairuz dan Zila, kan?” “Yes.” “You ada suruh Fairuz bawak Zila datang sini, jumpa you?” “Ada.” Mimi senyum. “Well I’m afraid that’s never going to happen, Dr. Sandra.” “Saya paham. Puan Zila takkan setuju...” Terlepas tawa yang agak besar dari Mimi. Macam evil witch pun ada gak bunyinya. Bila tawa tu dah reda, Mimi memberitahu Sandra satu perkara yang tak berapa nak kelakar... “Dr. Sandra, Zila doesn’t EXIST! Dan saya pakar psikiatri yang sudah 3 tahun merawat Fairuz!”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.