CHANEL ALLURE HOMME

EH (Malaysia) - - Dunia + Lelaki -

Gabungan haruman musky yang cukup ikonik ini sudah sebati dengan pemakainya. Tahun ini Chanel memperkenalkan travel spray, Allure Homme Sport EAU Extreme buat jejak yang aktif bergerak tanpa batas. Haruman ini dicipta khusus buat mereka yang sentiasa mengembara dan boleh dipakai tanpa mengira aktiviti baik selepas bersukan, majlis rasmi atau sekadar bersantai. Hadir dengan rekaan botol metalik dan dijual dengan harga RM268 bagi pek 3x20ml dan RM228 dengan tiga botol isian semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.