KKBOX KINI DI MALAYSIA

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Syarikat penyedia perkhidmatan langganan muzik digital di Asia, KKBOX secara rasminya dilancarkan di Malaysia. Lebih 10 juta lagu daripada lebih lima ratus label muzik dunia boleh dinikmati pengguna berdaftar. Dengan pelan serendah seringgit pengguna boleh menikmati muzik tanpa had melalui akses telefon pintar, tablet juga komputer peribadi. Asmidar, Imran Ajmain dan Liyana Fizi antara yang hadir memeriahkan majlis pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.