STAIL ZODIAK

Setiap orang mempunyai stail yang berbeza, zodiak atau bintang juga adakalanya menjadi cerminan kepada gaya peribadi.

EH (Malaysia) - - Horoskop -

LEO

(23 Julai – 22 Ogos)

Anda seorang yang bercita-cita tinggi serta berdarah pemimpin. Dalam persahabatan, anda seorang sahabat yang murah hati dan ceria. Anda juga seorang yang berani mencuba stail yang ekstrem dan bercita rasa tinggi. Musim ini cuba baju panas serta cetakan yang menarik perhatian.

VIRGO

(23 Ogos – 23 September)

Anda tidak boleh tahan dengan mereka yang tidak efisien dan malas. Oleh kerana itu, anda beranggapan orang di sekeliling anda juga harus menjadi rajin. Anda seorang yang gembira dengan perubahan gaya yang anda lakukan untuk diri anda, namun anda harus berhati-hati dalam menyuai padan. Stail boho dan kasual bukan cara anda, anda lebih ke arah edgy chic.

LIBRA

(24 September – 23 Oktober)

Libra sering dikaitkan dengan keseimbangan. Anda sering cuba menjadi seorang yang berfikiran terbuka dan adil, dan anda memancarkan aura yang tenang. Namun jangan biarkan sikap santai anda membuatkan anda menjadi malas. Gaya elegan adalah anda dan anda lebih gemarkan helaian yang unik dari trend fesyen yang terbaru. Rona biru dan akua serasi dengan bintang anda.

SCORPIO

(24 Oktober 24 – 22

November)

Anda adalah seorang yang

agak complicated. Anda bijak membuat

CANCER

(22 Jun – 22 Julai)

Seorang yang sensitif. Namun, anda adalah seorang yang kelakar dan cukup mengambil berat hal orang lain. Stail yang mempamerkan bentuk tubuh sangat sesuai dengan anda. Untuk gaya yang berbeza dari kebiasaan, cuba gayakan skirt renda musim ini kerana ia satu cara yang sempurna untuk tampil lebih romantis. Diane Kruger – 15 Julai 1976 keputusan, menjadikan anda seorang yang tidak gentar. Anda seorang yang obses akan alam dan anda meletakkan

favoritism ke atas sesuatu item.

SAGITARIUS

(23 November – 21

Disember)

Melancong adalah kesukaan anda kerana pada anda itulah adalah ruang untuk anda mengenal sahabat baru. Tetapi hati-hati dengan sikap yang terlalu yakin dan spontan kerana itu boleh membuatkan anda sedikit tidak boleh dipercayai. Rona lebih bold, cetakan dan aksesori adalah kegemaran anda. Bagi anda apa sahaja yang mengingatkan anda kepada saat anda melancong ke destinasi yang anda pernah jejaki juga memuatkan almari anda.

CAPRICORN

( 22 Disember

– 20 Januari)

Anda seorang yang berdisiplin tapi bukanlah seorang yang membosankan. Kombinasi cita-cita dan kuat bekerja mempamerkan hampir semua keinginan anda tercapai. Anda seorang yang berprestasi tinggi, jadi tidak terkejut juga anda adalah seorang yang demanding tentang gaya dan fesyen. Anda lebih bersikap ingin menjadi trendsetter daripada pengikut fesyen.

AQUARIUS

(21 Januari – 19

Februari)

Anda gemar menonjolkan diri menerusi pilihan gaya anda, dan anda ibarat trendsetter. Kombinasi koleksi dari pelbagai jenama membuatkan penampilan anda tampak fresh. Anda sukakan bahan bacaan tentang stail dan anda gemar bermain suai padan dengan ronarona terang.

PISCES

(20 Februari – 20 Mac)

Anda seorang yang berimaginasi tinggi dan suka menjadi hidup anda lebih romantis. Anda juga seorang yang kreatif dan murah hati. Anda merupakan seorang yang agak sensitif, Anda sukakan gaya boho, rona romantik pastel dan fabrik yang feminin. Berikan apa sahaja koleksi pakaian yang rona pastel.

ARIES

(21 Mac – 20 April)

Anda gemar bergaya seperti seorang ahli perniagaan. Kasut tumit tinggi adalah kelemahan anda. Apa kata anda cuba bergaya dengan stail berbeza dari kebiasaan atau gayakan baju kemeja putih dengan sepasang kasut tumit tinggi serta oles sedikit gincu rona natural agar tampak lebih yakin.

TAURUS

(21 April – 21 Mei)

Seorang yang down-to-earth, berdedikasi dan cintakan kecantikan semula jadi. Ramai orang sangka anda seorang yang degil, tetapi sebenarnya anda seorang yang tenang, positif dan ceria. Rakan anda selesa berkongsi masalah dengan anda kerana inginkan nasihat positif. Bergaya ringkas dan potongan kemas adalah gaya fesyen anda. Rona natural sesuai dengan anda.

r ge ru K ne ia D

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.