WINTER SLEEP UNGGULI FESTIVAL FILEM CANNES 2014

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Filem Turki yang diarahkan Nuri Bilge Ceylan, Winter Sleep mengungguli kategori Palme d’Or pada majlis penuh prestij Festival Filem Cannes yang berlangsung lewat Mei lalu. Nuri Bilge Ceylan dalam ucapan kemenangannya memberitahu hal ini merupakan sesuatu yang diluar jangka apabila dia turut bersaing dengan pengarah berpengaruh seperti Jean-Luc Godard, Ken Loach dan Mike Leigh. Manakala aktres Julianne Moore pula pulang bangga dengan trofi Aktres Terbaik. Festival kali ini diadili oleh juri berpengalaman seperti Jane Campion, Sofia Copolla, Gael Garcia Bernal dan Leila Hatami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.