SALAM

EH (Malaysia) - - Contents - - Adlina Adnan, Batang Kali, Selangor

SUKAKAN RUANGAN MAKE OVER Assalamualaikum dan salam sayang buat team EH!

Puas hati dan teruja rasanya diri ini bila setiap kali mendapatkan majalah EH! di pasaran. Setiap keluarannya saya rasakan amat istimewa kerana ia sudah menjadi bagai seorang rakan saya! Setiap keluarannya bagai membimbing diri ini untuk lebih berketerampilan!

Setiap helaian di dalamnya juga tidak mengecewakan. memang sejujurnya saya katakan, kalau baca banyak kali dan berulang kali pun EH! tetap tidak membosankan!

Saya amat sukakan ruangan ‘make over’ kerana ia amat menarik! Saya suka melihat wajah model ditatarias dengan sempurna dan cantik dan memberikan kelainan yang amat sangat! Saya juga teringin sangat untuk menyertainya kerana saya juga ingin melihat gaya dan wajah saya berbeza dari kebiasaan.

Selain dari itu saya selalu juga menyertai ruangan promosi yang terdapat dalam majalah ini dan ada beberapa kali jugalah nama saya ‘tersangkut’ dalam senarai pemenang. Syukur Alhamdulillah. Saya amat mengharapkan majalah EH! akan terus berada di pasaran kerana saya dan mungkin juga dengan pembaca-pembaca setia yang lain amat mendambakan adanya majalah seperti ini yang menepati cita rasa kami.

Sekian. Terima kasih.

Surat pemenang bulan ini akan menerima jam tangan Calico daripada STORM bernilai

RM619. Cuma tuliskan pendapat, komen atau idea anda kepada kami. Surat anda mungkin terpilih!

@Prince Azi facebook: “Hanya perlu sedikit solekan.. muka boleh berubah lagi cantik..yg penting berani dan confident..Tahniah Yana Samsudin dan team EH! Yana mmg the best!”

@Cik Leana facebook:

“Wahh , ekspresi pertama saya rasakan Yana Samsudin gadis korea ! Tak sabarnya nak dapatkan edisi Jun nie.

Tahun lepas edisi Nora Danish sangat

mengujakan.”

@Raimi Mccrone

facebook: “Wow !!! Baru nampak macam Primadona Malaya. Syabas

Eh!”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.