Rahsia Kekal Muda

SEKIRANYA KULIT BERUSIA DAN KERING ADALAH MASALAH UTAMA ANDA, SHIZENS ADA PENYELESAIANNYA DENGAN TRIO TERHEBAT SHIZENS!

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Kulit kering sentiasa menjadi punca kepada masalah lain, antaranya adalah penuaan. Gandingan produk yang tepat dan memenuhi keperluan kulit bukan sahaja memberi hasil yang menakjubkan namun secara tidak langsung memberi ekstra keyakinan pada setiap wanita. Apa yang dikatakan sebagai kulit sihat sempurna terbahagi kepada tiga iaitu kelembapan, cukup nutrisi dan anjal. 1 Untuk kulit lembap dan mulus

SHUI hadir dengan tekstur berasaskan air dengan formula pelbagai ekstrak botani yang mampu meresap jauh ke dalam kulit. Ia berfungsi untuk mengaktifkan sel-sel di dalam kulit dan melancarkan peredaran darah. Selain itu SHUI juga bertindak menguatkan sistem imunisasi untuk kulit lebih sihat, anjal dan berseri.

CARA PENGGUNAAN: Oleskan SHUI selepas mencuci wajah, tekap tapak tangan pada wajah supaya segala khasiat SHUI dapat menyerap dengan pantas. RM588 (180ml) & RM228 (50ml). 2 Kulit Muda Remaja Dengan Time Resistance Essence

Ia direka untuk melawan faktor luaran yang menyebabkan kulit menua dengan pantas. Time Resistance Essence memperkukuhkan dan menyokong pertumbuhan lapisan pelindung kulit baru dan membentuk perintang efektif untuk mengelakkan kulit dari kehilangan lembapannya. Yang paling penting, ia dapat menyimpan seramid kulit untuk mengumpulkan sel-sel bagi

Saya perasan kulit saya semakin tegang hanya selepas pertama kali menggunakan Resistance Essence. Rahang saya tampak terbentuk dan kulit tidak lagi kendur di waktu pagi. saya dapat rasakan perubahan kulit terasa lebih tegang dan anjal selepas dua minggu.

Aunnie Teh, Pengurus Jualan (Pelanggan setia Shizens)

menghalang kulit daripada mengendur. Dengan penggunaan kerap, anda akan miliki kulit yang tegang, anjal dan cerah. (30ml – RM618)

CARA PENGGUNAAN: Selepas mneggunakan SHUI anda boleh oleskan lapisan tipis Time Resistance Essence untuk kulit kekal lembap dan muda. Tekstur kedua-dua produk ini cukup ringan, tidak membuat kulit terasa melekit. 3 Kekal Lembap Dan Anjal Dengan Replenish Nutrient Xpert

Ia bukan saja menyalurkan lembapan pada lapisan teratas kulit, namun ia turut menyerap jauh ke dalam dan serta-merta membuat kulit lebih lembap dan sihat. Ia hadir dengan tekstur yang ringan, tidak melekit dan lembut membuatkan ia mudah untuk menyerap ke dalam kulit lantas menyimpan lembapan yang dihasilkan. Apabila lembapannya cukup, kulit pun bebas kedutan serta garis halus. (30g – RM380)

CARA PENGGUNAAN: Oleskan esen ini pada kulit selepas penyegar dan sebelum pelembap. Jika anda ingin memakainya tanpa menggunakan pelembap pun tidak mengapa. Urut wajah dengan urutan menaik, ia akan memastikan kulit sentiasa anjal dan bebas kendur.

TIME RESISTANCE ESSENCE

SHUI

REPLENISH NUTRIENT XPERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.