BUKAN SEKADAR HARUMAN

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Wangian sensual musim bunga, ME L’Eau dari Lanvin lambang sebenar gadis feminin. Gabungan keanggunan dalam wangian ini digambarkan oleh pereka wangian Shyamala Maisondieu sebagai jelmaan aroma wanita Paris menurut Lanvin. Wanita yang mana gayanya menonjol dari yang lain dengan identiti tersendiri. “Saya membayangkan wangian yang penuh ceria, menyalurkan pemikiran optimis dan membuatkan anda tersenyum sambil membawa kuasa tarikan Lanvin yakni elemen yang lembut, natural, puitis dan Parisian.” Bagi melambangkan gadis feminin aroma flora kasturi sitrus memainkan peranan utama. Ia menghasilkan satu aroma yang menusuk jiwa namun kekal sensual. Apabila anda menyemburkan wangian ini, ia secara tidak langsung memberikan anda bayangan seakan anda menyarung busana fesyen Lanvin, ia mewah, halus dan chic!

Wangian Kegembiraan

Berkilau dan sensual, ME L’Eau adalah satu wangian yang mampu menyuntik kegembiraan dalam pelbagai cara. Aroma bunga yang segar dan lembut melambangkan satu perasaan optimis. Mandarin Itali diganding mesra bersama daun violet dan lada biji merah jambu (peppercorn) bagi membangkitkan lagi aroma sensasi ini. “nota-nota harmoni ini memberikan kombinasi natural, bersih dan segar dalam masa yang singkat.” Kata Shyamala Maisondieu. Seterusnya satu aroma yang cukup melambangkan kelembutan dan feminin seperti gaun rekaan Lanvin, iaitu magnolia dan peony. Suntikan harmoni ros pula menyerikan lagi duet ini menghasilkan satu aroma sensual yang lembut. Asasnya pula dilayangkan aroma manis vineyard peach. Kayu sedar dan kasturi yang dilambangkan seakan aksesori pada wangian ini, menambahkan siluet gadis feminin namun kekal berani.

Botol Menawan

Hadir dengan rona merah jambu lembut, bersama rantai emas putih yang memancarkan kilauannya. Di hadapan kotak bungkusannya pula rekaan rantai emas putih diikat membentuk reben seakan lambang signature Lanvin. Lambang tulisan ME L’Eau di antara ikatan reben itu membentuk seakan perjanjian, yakni satu perjanjian buat anda dan teman istimewa.

Momen Indah

ME L’Eau adalah satu kemewahan yang anda tawarkan pada diri sendiri, satu momen yang berharga yang hanya dikongsi oleh anda sendiri. Melewati keindahan langit Paris dengan matahari yang kian terbenam, di taman yang penuh dengan ribuan flora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.